0

AKU YANG KAU TINGGALKAN...

Posted by Fiena on 10:14 PM
Semalam dah abis baca novel Aku Yang Kau Tinggalkan....waaaa....Rasa sedey + sakit ati..Nak tengok wajah hero dan heroinnye?Ada juga sebahagian ceritanya di blog tersebut..Sampai bab 13..Nak taw lebey lanjut?Sila klik sini..Sang lelaki bernama Zaril Ikhwan dan sang gadis bernama Nia Athirah..Ni sinopsis die..

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.
Cinta datang kep
ada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.
Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian
di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertem
uan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.
Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk men
eruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.

Jalan citer die lain sket daripada novel yang pernah aku baca..Sebab Zaril ni perlukan seorang isteri untuk menjaga die..Die sakit..Lebih kepada sakit otak..Tak reti nak bercakap,nak luahkan perasaan die..Sebab ada darah beku dalam otak..Die pernah kemalangan..Nia plak kawen ngan Zaril sebab terpaksa menjadi ganti kepada adiknya..Sepatutnya adik die yang kawen ngan Zaril tetapi adik die dah sayangkan orang lain dan tak sanggup nak teroskan perkahwinan yang lebih kurang sebulan je lagi..Nia takde pilihan lain sebab family Nia sangat-sangat memerlukan duit..

Kalau aku tak sanggup nak menjaga orang sakit ni..Aku tak punya kesabaran yang tinggi..Tapi kalau untuk berkorban demi family,aku sanggup la..Memang tabik kat Nia sebab sangat-sangat bersabar..Dan die bley plak jatuh cinta kat suami die yang sakit tu..Tapi bile Zaril tu dah sihat,die jadi sangat-sangat menjengkelkan..Suka wat tuduhan kat Nia..Aku yang baca ni pon rasa sedey..Tak pernah nak percayakan isteri sendiri..Cian die....So kepada sume lelaki,sila la percayakan pasangan anda..Jangan nak menuduh memkhinzir buta..Tak baik untuk kesihatan..hehehehe



0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 .....PERIHAL TENTANG..... All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.