0

566 HARI MENCARI CINTA

Posted by Fiena on 12:26 AM

Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.
Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya
Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.
Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?
Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.


Citer ni ada kelainan sket..Sebabnya selalunya heroin die kan baik-baik,lemah lembut,sopan dan segala bagai perkataan baik la..Tapi yang ni tak baik..huhu...Ada gak yang baik cuma jarang sangat nak ditonjolkan..Firdayu Fahrin...Nama memang sedap..tapi perangai ada kureng sket la...Pemarah,perengus,mulut pon cabul,suka tengking-tengking...
Berbeza ngan hero die..Kid a.k.a Keyrill Benjamin..Budak nerd bak kate Firdayu..Tapi bile die tanggal spek,wat rambut ala-ala terpacak sket,sume ternganga mulut..Termasuk Firdayu sendiri..Sebenarnye Kid ni tersangat la hensem sampaikan ada mak datin offer die jadi duta perfume..Dan die adalah salah seorang peguam yang terhebal kat KL tanpa pengetahuan Firdayu dan orang lain..
Firdayu ni nak cari calon suami sebab die dah bet ngan nenek die dalam masa 566 hari..Kalau tak dapat cari sume harta die akan jatuh pada nenek die dan kalau die dapat cari, harta nenek die akan jadi hak milik die..Tapi die memilih sangat..Nak cari yang hensem + kaya-raya..Tapi ada satu cerita yang watkan die jadi perangai camni..So kalau nak taw sila baca dan klik sini untuk baca prolog..

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 .....PERIHAL TENTANG..... All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.