0

KHASIAT COKLAT

Posted by Fiena on 4:11 PM
Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.


0

WALLAWEI.....

Posted by Fiena on 5:36 PM

Malam semalam pegi makan kat Tanjung Api...tempat nelayan...bnyak gerai kat situ..mintak nasi goreng pattaya sebab dah tak taw nak makan ape..banyak giler nasi goreng tuh...dan semestinya tak abis makan..gerai tu plak pasang citer HAQ..yang Zulhuzaimi (pelakon peberet aku nih) n Adi Putra berlakon tuh..tayang kat astro first...tapi sempat tengok sket jerk..best gak citer tuh..


Pas makan aku pegi jalan2 kat D'Muda Midtown Esplanade..cuci2 mata tengok gerai2 kat situ..macam2 ada..tup2 aku tersangkut ngan 1 baju nih...aku pon beli la...rm15 jerk...murah saje..tu yang excited nak beli..

Arini plak pegi jalan2 kat ECM...malas nak pegi Kuantan Parade sebab dah sah2 orang ramai situ..selok tengok artis...huhu...tujuan keluar arini nak cari kain untuk ma n nak beli sandal..masuk Vincci tros jumpa yang berkenan di hati...pilih saiz tros beli...sangat2 puas ati ngn sandal tuh...x penah lagi beli sandal camtu..sebabnye my mom dah sound cuba la beli sandal yang lain sket..sume sandal fesyen yang sama...adoiyai..............




0

DEFINISI CURANG ABAD INI

Posted by Fiena on 11:43 AM
ADAKAH DIANGGAP Curang...Jika Keluar Berjanji Temu Sekadar Untuk Suka2?
Semua orang ada kawan sepejabat yang boleh dipercayai dan kebetulan yang rapat tu lelaki..Tak salah luangkan masa untuk hangout ngan kawan sepejabat TETAPI jika selalu sangat keluar berdua mungkin hubungan tu akan jadi lebih daripada seorang kawan..So kita harus jujur la pada pasangan masing2..
JAWAPAN: Biasanya dianggap curang

ADAKAH DIANGGAP Curang...Jika Still Berkawan Ngan Ex-Bf?
Ia bergantung kepada tujuan kita..Niat hati kita yang menentukan segalanya..Tak salah kalau sekadar meninggalkan mese
j di wall FB kerana semua orang boleh baca kan?Tapi kalau mesej di inbox dah lain maknanya tu..
JAWAPAN: Mungkin

ADAKAH DIANGGAP Curang...Jika Si Dia Sering Keluar Tanpa Kita?
Ok je kalau keluar sorang(tu kata dia)..Tapi kita mesti tak sanggup kan biar pandangan buah hati kita tu 'menerawan
g' ke arah perempuan lain?Jika si dia berterus-terang apa tujuannya untuk keluar,tu boleh dimaafkan la..Tapi jika si dia melakukannya tanpa pengetahuan kita dan secara sorok2, tu boleh dianggap curang..
JAWAPAN: Kadangkala

ADAKAH DIANGGAP Curang...Jika Terlalu Intim Ngan BFF (perempuan)?
Si dia sering mendahulukan kawan baikn
ya dalam apa jua perkara sehingga kita terasa diabaikan..Malah si dia lebih suka menghabiskan masa bersama kawannya daripada berjalan-jalan ngan kita..Pendek kata kita boleh salah sangka akan perhubungan tu..Sebenarnya tu bukanlah curang dan kita harus memahami situasi ini..Kata BFF..
JAWAPAN: Semestinya tidak

RAMAI ORANG MELEBIHI BATAS PERHUBUNGAN MEREKA KERANA SEBAB TERSENDIRI




0

FUHH.....

Posted by Fiena on 12:53 PM
Setelah sekian lama tidak membuka blogku ini..Bila buka TERbaca post2 lama yang agak menyakitkan hati..So aku membuat keputusan untuk membuang segala post tersebut..Aku update n upgrade blog ni kasi chantek n cun sket..Rasa2nya dah puas hati kot..Benonye jeles nengok blog orang..Tu yang buka balik blog lama nih..

Skang pukul 1 suda..Mau tengok citer filipina..Tajuk die MISS YOU LIKE CRAZY..John Llyod Cruz dan Bea Alozonzo jadi hero n heroinnya..


Heronya Alan yang dah 4 tahun bercinta ngan gadis idaman die la bernama Daphene..Terjumpa ngn heroinnya Mia di sungai ketika menaiki feri..Si Mia ni suka luahkan perasaan die ngan menulis pada batu..Alan ni dah 2 kali kutip batu yang ditinggalkan oleh Mia..Dari situ la dorang berkenalan dan Mia tak taw yang Alan dah berpunya..Bermula la konflik..Berjumpa dalam masa 3 hari dan boleh jatuh cinta...(ada ke??)
Mia larikan diri ke Malaysia..G KL tuhh...Kat kl Mia bercinta ngn Mir iaitu Hans Isaac,duda beranak 1..5 tahun Mia dan Alan pendam rasa..Tapi bese la kan citer camni..Mesti happy ending setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran..Korang tengok la sendiri citer ni..Malas nak terang panjang lebar...huhu



Copyright © 2009 .....PERIHAL TENTANG..... All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.