0

DOKTOR CINTA

Posted by Fiena on 1:43 PM
Fuhhh....Doktor Cinta...Ape tu doktor cinta??Adakah die seoarang doktor yang mempunyai jarum yang beso dan di dalam jarum itu mengandungi cecair yang diberi nama cinta??Kalau ada doktor camtu kena cucuk ari-ari pon takpe...Aku sanggup demimu doktor cinta...ewahhh...Kalau bab merepek meraban ni bagi la kat aku..Gerenti dapat 100%...Doktor Cinta ni sebenarnye novel yang aku baru baca...Novel baru dalam kaki novel...

Citer die mengenai Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar ni kawen dengan pilihan mamanya. Tapi rancangan menjadi rumit + sengal bila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar sukakan Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Wujud plak Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sket pon tak jejaskan sifat bersahaja dan sempoinya tu pada awalnya. Namun, sekian lama bergadoh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tak terkesan ngan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

Watak yang paling cute jatoh pada Maz la kan...Ngan ayat-ayat sempoi die,ngan kelibutnye...Iskandar panggil Maz minah kelibut...Maz plak panggil Iskandar bos besar...Zikri dipanggil bos je...Aku suka sangat-sangat ngan watak Zikri ni..Sebab die lebih sayangkan sahabat die a.k.a Iskandar dari Maz..Sebab pe?Die pilih Iskandar dari Maz walaupon diri die pon dah jatuh cinta kat Maz..Tapi demi Iskandar die lupakan perasaan die...Wa tabik spring sama lu la...Kalau ada laki ni di alam realiti aku ngan bangganya ingin menjadi awek die..kikikiki





0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 .....PERIHAL TENTANG..... All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.