1

KAU YANG BERNAMA PEMBUNUH CINTA...

Posted by Fiena on 11:21 PM
Well...Kelmarin aku dapat satu berita yang mengejutkan + mengecewakan..Terkejut sebab baru skang baru dapt taw..Tapi aku sendiri memang dah syak benda tu..Kecewa plak sebab die tak pernah nak teros terang tentang keadaan sebenar..Mungkin aku takkan terlalu marah kalau die wat pengakuan tu dari awal lagi..Sebab aku dah bersedia sket ngan keadaan tu..

Ape yang boley aku katakan adalah aku dah berjumpa ngan seorang lelaki yang pengecut..Pengecut sebab tak boley berteros terang ngan aku walaupon dah banyak kali aku bagi hint untuk die cakap perkara yang sebenar..Die rela main-mainkan ati aku daripada menjadi seorang lelaki yang gentleman..Keputusan yang die amik tu tak salah sebab memang patot pon die ikut kehendak family..Aku ni sape la kan pada die dan seluruh family die?Terang-terang kena reject tanpa sebab..Betapa hinanya diri aku ni..

Tapi pengakuan die tu tak seperti yang aku harapkan..Tak sepenohnya..Kalau kau nak salahkan diri aku atas segala masalah yang telah kite lalui,juz go with it..Aku tak kisah..Sebab pada sume orang kau lelaki baik..Cuma aku yang taw diri kau sape..Dan aku tak sekejam kau untuk mendedahkan keburukan kau pada sume orang terutama your family..Kau kejam sebab biarkan aku hidup dalam penipuan kau..Kau tuding jari pada diri aku untuk sembunyikan kesalahan kau..Dan kau biarkan kasih sayang aku ni makin bertambah..Kau biarkan aku yang tersua-sua ngan kau..

Saat kau kata 'yang pasti kau akan ikut kata family' secara automatik ko bunuh cinta dan kasih sayang aku..Sekelip mata dah berubah menjadi perasaan benci..Tahniah untuk kau sebab menjadi orang pertama yang aku benci sepenoh ati..Dan kau dah mati dalam hidup aku..Aku sendiri yang akan runtuhkan tembok cinta tu dan bina tembok baru..Kata akhir dari aku,kau takkan hidup sempurna macam orang lain selepas kau lukakan hati aku..Remember that!!


0

566 HARI MENCARI CINTA

Posted by Fiena on 12:26 AM

Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.
Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya
Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.
Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?
Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.


Citer ni ada kelainan sket..Sebabnya selalunya heroin die kan baik-baik,lemah lembut,sopan dan segala bagai perkataan baik la..Tapi yang ni tak baik..huhu...Ada gak yang baik cuma jarang sangat nak ditonjolkan..Firdayu Fahrin...Nama memang sedap..tapi perangai ada kureng sket la...Pemarah,perengus,mulut pon cabul,suka tengking-tengking...
Berbeza ngan hero die..Kid a.k.a Keyrill Benjamin..Budak nerd bak kate Firdayu..Tapi bile die tanggal spek,wat rambut ala-ala terpacak sket,sume ternganga mulut..Termasuk Firdayu sendiri..Sebenarnye Kid ni tersangat la hensem sampaikan ada mak datin offer die jadi duta perfume..Dan die adalah salah seorang peguam yang terhebal kat KL tanpa pengetahuan Firdayu dan orang lain..
Firdayu ni nak cari calon suami sebab die dah bet ngan nenek die dalam masa 566 hari..Kalau tak dapat cari sume harta die akan jatuh pada nenek die dan kalau die dapat cari, harta nenek die akan jadi hak milik die..Tapi die memilih sangat..Nak cari yang hensem + kaya-raya..Tapi ada satu cerita yang watkan die jadi perangai camni..So kalau nak taw sila baca dan klik sini untuk baca prolog..

0

PILIHAN MAMA...

Posted by Fiena on 4:15 PM

Apa akan korang wat jika terpaksa berkahwin ngan pilihan oang tua korang?Nak trime atau tak?Dan saat korang trime calon tu tiba-tiba korang rasa diri korang dah jatuh cinta pandang pertama kat orang lain..Sanggup tak kecewakan ati family yang selama ni banyak mengorbankan jiwa raga untuk korang?Kalau nak taw jalan citer novel yang sangat-sangat sweet ni sila beli la ye...hehehe...Tajuknya Pilihan Mama...Karya Umie Nadzimah..Tak tebal pon..Sehari pon boley abis baca..Sila klik sini untuk baca sinopsis ye...
Pada pendapat aku plak yang selalu terputus tengah jalan ni,ok je nak trime pilihan mak aku..Sebab mesti la die pilih yang terbaik untuk kite kan?Mesti die taw anak die camne..Selagi aku takde pilihan ati selagi tu la die bebas pilih sesiapa yang die nak..Kalau ikut ati dah serik sangat berchenta ni..Memang nak je suruh my mom carikan..Tapi bile aku dah betol-betol ready la..Skang ni satu hape pon takde..Ati dah kering nak berkenal-kenalan ngan laki..Penat sangat..Nak ulang balik sume perkara..Kenal ati budi,pegi dating,gadoh-gadoh,pujuk-memujuk..Yang aku belom pernah lalui ialah pegi kenal-kenal ngan family sang lelaki..Tak taw camne bile kena wat camtu..Mau jadi bisu seharian..Dah la aku ni tak banyak cakap ngan orang yang aku baru kenal..Kalau dah bese tu no hal la..So korang doakan la supaya ati aku ni kembali basah..Tak kering sangat..hahahaha...


0

AKU YANG KAU TINGGALKAN...

Posted by Fiena on 10:14 PM
Semalam dah abis baca novel Aku Yang Kau Tinggalkan....waaaa....Rasa sedey + sakit ati..Nak tengok wajah hero dan heroinnye?Ada juga sebahagian ceritanya di blog tersebut..Sampai bab 13..Nak taw lebey lanjut?Sila klik sini..Sang lelaki bernama Zaril Ikhwan dan sang gadis bernama Nia Athirah..Ni sinopsis die..

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.
Cinta datang kep
ada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.
Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian
di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertem
uan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.
Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk men
eruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.

Jalan citer die lain sket daripada novel yang pernah aku baca..Sebab Zaril ni perlukan seorang isteri untuk menjaga die..Die sakit..Lebih kepada sakit otak..Tak reti nak bercakap,nak luahkan perasaan die..Sebab ada darah beku dalam otak..Die pernah kemalangan..Nia plak kawen ngan Zaril sebab terpaksa menjadi ganti kepada adiknya..Sepatutnya adik die yang kawen ngan Zaril tetapi adik die dah sayangkan orang lain dan tak sanggup nak teroskan perkahwinan yang lebih kurang sebulan je lagi..Nia takde pilihan lain sebab family Nia sangat-sangat memerlukan duit..

Kalau aku tak sanggup nak menjaga orang sakit ni..Aku tak punya kesabaran yang tinggi..Tapi kalau untuk berkorban demi family,aku sanggup la..Memang tabik kat Nia sebab sangat-sangat bersabar..Dan die bley plak jatuh cinta kat suami die yang sakit tu..Tapi bile Zaril tu dah sihat,die jadi sangat-sangat menjengkelkan..Suka wat tuduhan kat Nia..Aku yang baca ni pon rasa sedey..Tak pernah nak percayakan isteri sendiri..Cian die....So kepada sume lelaki,sila la percayakan pasangan anda..Jangan nak menuduh memkhinzir buta..Tak baik untuk kesihatan..hehehehe



0

M.A.I.D dan HARRIS

Posted by Fiena on 4:15 PM
Haallluuu...Setelah 2 ari tak dapat meng'on9'kan diri,arini baru boley on9...Internet wat hal plak..Naseb baik abangku rajin menelepon orang TM...Baru boley buka FB,emel,dan update blog ni..Ritu sebelum boley update macam banyak je benda yang nk dikongsi..Tapi skang sume dah ilang..hehehe...

Takpe...Kite citer pasal novel terbaru iaitu M.A.I.D karya Suri Ryana..Tajuk pon dah Maid kan?Mesti la citer pasal orang gaji yang bernama Noorul...Noorul ni dah lama jadi penganggur..(macam aku la..hahaha)..So die tekad nak pegi ke Agensi Pekerjaan..Dan keje yang ada pada masa tu ialah orang gaji..Gaji rm1200...Dah kire mahal la untuk orang gaji kan?Die pon on jela..Die panggil Tuan die Mr.F @ fussy sebab tuan die ni cerewet mengalahkan nenek kebayan...Nama betol tuan die Harris Tan Sri Hamdan..Anak orang kaya,duduk kat penthouse...Dorang tak pernah bercakap..Hanya main tulis-tulis note jerk..Bila dah mula bercakap,ada je benda yang Harris ni tak puas ati ngan Noorul...Asyik kena marah ngan tengking jerk...Harris ni ada adik lelaki bernama Haikal..Haikal ni memang jauh beza ngan Harris dan Haikal memang jatuh cintan ngan Noorul..Tapi Noorul dah mula sukakan Mr.F ni...Ada 1 fitnah yang melanda menyebabkan Harris dan Noorul terpaksa bernikah...Tiba-tiba datang plak sorang minah bernama Nurina dan Elisa gedik...Nak taw kesudahannya?Baca la citer ni..Review die pon ada kat laman web Kaki Novel...



Aku plak suka jerk kalau dapat orang macam Harris tu..Tapi masalahnya aku ni tak penyabo orangnya...Kang ada jerk yang kena marah balik ngan aku..hehe...Maklum la orang kate aku ni garang...Tak kenal maka tak cinta dik non...Garang-garang aku ada gak sifat lembut..Orang wat ayat sket pon dah boley nanges...Macam ayat ' leave me alone'...Tu pon boley wat aku terasa...

0

DOKTOR CINTA

Posted by Fiena on 1:43 PM
Fuhhh....Doktor Cinta...Ape tu doktor cinta??Adakah die seoarang doktor yang mempunyai jarum yang beso dan di dalam jarum itu mengandungi cecair yang diberi nama cinta??Kalau ada doktor camtu kena cucuk ari-ari pon takpe...Aku sanggup demimu doktor cinta...ewahhh...Kalau bab merepek meraban ni bagi la kat aku..Gerenti dapat 100%...Doktor Cinta ni sebenarnye novel yang aku baru baca...Novel baru dalam kaki novel...

Citer die mengenai Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar ni kawen dengan pilihan mamanya. Tapi rancangan menjadi rumit + sengal bila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar sukakan Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Wujud plak Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sket pon tak jejaskan sifat bersahaja dan sempoinya tu pada awalnya. Namun, sekian lama bergadoh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tak terkesan ngan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

Watak yang paling cute jatoh pada Maz la kan...Ngan ayat-ayat sempoi die,ngan kelibutnye...Iskandar panggil Maz minah kelibut...Maz plak panggil Iskandar bos besar...Zikri dipanggil bos je...Aku suka sangat-sangat ngan watak Zikri ni..Sebab die lebih sayangkan sahabat die a.k.a Iskandar dari Maz..Sebab pe?Die pilih Iskandar dari Maz walaupon diri die pon dah jatuh cinta kat Maz..Tapi demi Iskandar die lupakan perasaan die...Wa tabik spring sama lu la...Kalau ada laki ni di alam realiti aku ngan bangganya ingin menjadi awek die..kikikiki





0

MONYET OH MONYET

Posted by Fiena on 6:41 PM

Monyet adalah sekumpulan primat simian di samping mawas yang dibahagi kepada monyet Dunia Baru dan monyet Dunia Lama, . Terdapat 264 spesies monyet yang diketahui wujud di dunia.Monyet Dunia Baru dikelaskan dalam parvorder Platyrrhini, manakala monyet Dunia Lama (superfamili Cercopithecoidea) membentuk sebahagian parvorder Catarrhini yang juga merangkumi mawas. Maka, secara saintifik, monyet adalah parafili (bukan satu kumpulan koheren yang tunggal), dan monyet Dunia Lama sebenarnya lebih erat pertaliannya dengan mawas berbanding monyet Dunia Baru.

Oleh sebab keserupaannya dengan monyet, mawas-mawas seperti cimpanzi dan ungka turut dipanggil "monyet" dalam perbualan tidak formal, sungguhpun sebenarnya bukan monyet. Sebaliknya, gara-gara saiznya (sehingga 1 m), Mandrill juga disangka merupakan sejenis mawas, tetapi sebenarnya sejenis monyet Dunia Lama.Perkataan "kera" kadang-kala digunakan untuk memaksudkan mana-mana jenis monyet, tetapi sebenarnya hanya memaksudkan satu spesis (Macaca fascicularis) di Malaysia.

Cinta monyet plak jadi bile masing-masing ada rasa gatal masa skola...hehehe...(termasuk aku le tu)...Tapi jangan pandang rendah sangat kat cinta monyet ni sebab ada yang kekal sampai dewasa..Buktinye kawan-kawan skola aku la...Ada yang dah kawen pon...Wa tabik spring sama dorang la...Bukan senang nak jaga hubungan berbelas-belas tahun tu..Kena tolak ansur giler-giler la..No curengs-curengs..Kalau gadoh tu adat la kan...Sabo mesti lebih..Memandai jerk aku ni nasihat kat orang yerk...hehehe


0

PELUKAN CINTA

Posted by Fiena on 3:28 PM
Haa....Kali ni citer pasal novel plak..Hal peribadi tolak tepi..Sebab kalau teringat jerk hal tu boley jadi sakit pale + sakit jiwa...Novel ni dah beberape ari gak la aku baca...Tak terlalu berat la sebab tak banyak konflik yang menyakitkan ati...Tajuk novel tu Pelukan Cinta...waaaa...Tajuk die pon dah romantik gitu...Citernye pon of course la kan...

Heronya Armand Daniel...Aweksnye plak Zulaikha Husna...Dorang berjumpa di universiti..Masa tu Zulaikha ni junior dan Armand ni abang senior...Dari situ la kenal dan untuk pertama kalinye Armand dan Zulaikha jatuh cintan..Kiranye dorang ni sama-sama first love la...Sweet sangat...
Dorang ni ibarat couple of the year sebab sama-sama padan...Sorang hensem,sorang cantik,dua-dua tinggi...So bile berjalan sangat seimbang...Jeles plak aku dengar...hehehe

Family Zulaikha bagi restu tapi tak bagi family Armand...Mummy Armand ni nak die ikut pilihan die..Dan die terpaksa berkawen ngan sepupu die atas sebab-sebab tertentu...Merana la si Zulaikha ni...Tapi die tak mudah untuk berpaling cari yang lain...Tabik spring sama die...Armand ni pon walau dah kawen tapi ati dan tubuh die tetap pada Zulaikha...

Nak taw camne dorang akan jumpe semula?Baca la novel ni...Tak rugi kalau beli...17 hennget jerk...Sehari pon boley abis baca sebab tak tebal pon...Selamat membaca...



0

NOBODY's PERFECT

Posted by Fiena on 12:16 PM

Aku rasa aku dah wat kesalahan yang besar..Sangat besar…Kalau aku taw camni jadinya sumpah aku takkan layan mesej tu..KUSUT!!!!!!!

Skang nak letak sumenye atas bahu aku…Go ahead la..I don’t care…Aku rasa aku ada betol sket..Kalau aku tak layan aku takkan dapat taw kebenaran..Dan kebenaran ni la yang akan menyelamatkan idup sahabat aku..I think so la..Aku tak sangka disebabkan sorang laki, aku ngan sahabat terpaksa lalui dugaan yang paling berat selama 5 tahun kitorang berkawan..

Aku cukup marah atas benda yang jadi ni..Salah aku pon ada..Salah budak tu lagi la ada..Kata-kata cinta tu mainan ke??Patot ke kite uji persahabatan kite ngan ayat I LOVE U??Bila di tanye jawapannye saje..Saje je nak cakap camtu..Nape la laki macam ni?Aku tak kate sume laki..Tapi kebanyakkannye..Nak kate aku menyesal pon ye gak..Kalau aku tak layan aku dan sahabat takkan ada masalah camni..Dan sebab benda ni persahabatan kitorang makin kukuh..

Mungkin sahabat lebih terasa sakit dari aku..Ati aku??Pon sakit sebab dituduh punca keretakan hubungan sahabat dan die..Aku yang dikatakan mengecewekan ati sahabat..Aku yang dikatakan berjaya watkan dorang berpisah..Dan ucapan tahniah kerana berjaya wat kerja camni lagi memedihkan..Susah sangat ke nak mengenali ati aku?Susah ke nak berkawan ngan aku ni?Atau pon memang aku yang jahat selama ni?

Aku ada prinsip bercinta…Tapi aku pernah langgar..Dan aku dah terima padahnye…

  1. Aku takkan suka kat laki yang kawan aku suka atau pun admirer
  2. Aku takkan suka kat ex bf atau bf kawan aku
  3. Aku takkan suka kat mana-mana laki yang ada kaitan ngan kawan aku

Its simple rite?

Salah dimata kalau tak nampak..Salah tafsiran kalau tak dinilai..



0

MIMPI...HADIRMU TAKDIRKU...

Posted by Fiena on 7:52 PM
Dah brape ari tak update blog…Bukan sebab bz ke ape…Tapi ntah la..Otak tepu + runsing…Banyak benda dalam pale otak ni…Susah nak delete..Kan bagus kalau idup kite ni macam komputer..Boleh delete,backspace,copy n paste…Atau pon remote control..Bley forward,rewind,pause n stop..Tapi hakikatnye idup mesti diteroskan walaupon ada banyak benda yang mungkin kite tak puas ati..Life must go on wheter u like it or not…Ewah…Speaking London plak cik fiena ni…

2 ari lepas aku ada mimpi sorang mamat ni…Wahhh….Hensem giler siot…Mimpi die jadi pakwe aku…Sangat-sangat seronok dan bahagie..Mamat tuh siap gadoh lagi ngan laki yang suke kat aku gak…Rasa cam bangga plak kan bile orang berebut kat diri yang serba kekurangan ni…huhu…Korang nak taw tak sape yang aku mimpi tuh??Tak lain dan tak bukan ialah lelaki melayu terakhir (bak kate ma aku la)..Its REMY ISHAK!!!!

Hahaha…Mesti korang ingat mamat mane ntah yang giler masuk dalam mimpi aku tu..Remy,saya bahagia sangat-sangat sebab awak sudi masuk dalam mimpi saya…Thanx ye!!

Pastu aku baru je abiskan novel Hadirmu Takdirku…Karya Alina Haiza...Kalau nak tengok pic watak-watak ni klik kat tajuk novel tu yerk..Citer die bagi pengajaran kat diri aku dan sume orang..Nama hero dalam novel ni wat kan aku rasa taknak baca..Tapi citer dia best..Mamat ni nama Wan Jeffrey..Heroinnye plak Farhana..Si Jeff ngok ngek ni anak Datuk..So korang paham-paham jela perangai die camne..Dia kawan ngan Hana ni sebab dia kena cabar ngan member-member die..Tapi last skali die jatuh cinta sungguh-sungguh dan die ego taknak ngaku sebab Hana ni tak kaya dan die keje kat kafe kolej si Jeff ni belajar..Ada 1 kejadian yang sebabkan dorang membenci 1 sama lain dan kejadian ni jugak la yang menyatukan dorang semula..Tapi kebencian tuh sebabkan campur tangan family Jeff..Dorang jadi mangsa keadaan gak la..Kesudahan ni best dan tak rugi kalau korang beli novel nih…Dan aku tak jatuh cinta pon ngan watak Jeff ni…Muahahaha..


0

AZRIL...

Posted by Fiena on 12:55 PM
Azril....Dari semalam lagi nama tuh melekat kat dalam kepale hotak aku nih..Dan sampai skang aku still takleh nak buang nama die dalam kepale nih..Nape ye?Tulun-tulun....Tapi korang jangan salah paham plak...Mesti korang ingat Azril nih nama pakwe baru aku kan?NO...NO....NO....Tu adalah nama watak dalam novel yang aku baca semalam...Tajuk novel tuh adalah Tentang Dhiya..Karya Syud dari Jemari Seni...Sangat syok citer nih sebab citer zaman tengah study kat kolej..Tapi pas kolej pon ada la...Nama penoh die adalah Azril Mustaufi..Pelik kan?Heroinnye pula nama Dhiya Nurlisa dan die x suka orang panggil die Dhiya...Juz call him Lisa...

Dorang nih terpaksa kenal untuk siapkan kerja berkumpulan yang telah ditetapkan oleh pensyarah mereka..So dah takleh change group..Keje dorang asyik bertekak jerk...Bese la tuh kan..Si Lisa nih lsave nama Azril dalam henfon sebagai TauFuFa..Sebabnya die benci taufufa which is mean die benci akan makhluk yang bernama Azril...Banyak kejadian yang berlaku..Masing-masing macam ego dan susah nak mintak maaf..Sampai la Lisa nak ke Swiss untuk sambung belajar kat sana..

Terlalu banyak kebetulan antara Azril dan Lisa..Dan itulah yang dinamakan takdir..So sape-sape yang nak citer yang fun dan tak meleleh sila beli buku nih..Hati tak sakit..Malah boleh bergumbira lagi..Dan dalam citer nih pon ada tunjuk erti persahabatan...Sangat suka persahabatan antara Azril dan Taufiq..Agaknya orang laki nih memang macam dorang kot..Hanya yang rapat jerk boleh berkongsi sume masalah dan bagi pendapat..


Copyright © 2009 .....PERIHAL TENTANG..... All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.