0

TIPS PENJAGAAN RAMBUT

Posted by Fiena on 4:18 PM
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, penting ke penjagaan rambut? Ia amat penting tak kiralah bagi wanita atau pun lelaki kerana rambut adalah salah satu anugerah yang dikurniakan kepada kita. Ye tak? Jadi ia bermakna jika kita menghargai anugerah tersebut, itu bermakna kita mensyukuri nikmatNya. Jom kita baca tips2 di bawah ni..

Tips 1:
Pilih syampu yang sesuai dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat dari orang yang pakar. Jika kita beli di Guardian atau Watson, tanyalah pada jurujual tuh. (Aku hanya bleh pakai syampu sunsilk jerk...)

Tips 2:
Jika anda memakai tudung, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu taw. Kalau tak nanti rambut akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tak selesa seperti pening kepala.

Tips 3:
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat ye, jangan gosok rambut dengan kasar!

Tips 4:
Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

Tips 5:
Sewaktu tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

Tips 6:
Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.
(Rambut aku akan kering kalau guna air suam)

Tips 7:
Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali. (Pedih sket la..Tapi hasilnya menakjubkan)

Tips 8:
Untuk rambut yang berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor-faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

Tips 9:
Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tapi jangan biarkan ia sampai tak terurus sangat Agak-agak lah yer. Ini kerana jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan. Lepas itu, jangan sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut anda seperti mana anda menyayangi diri anda. he..he..

Tips 10:
Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam.

Tips 11:
Jika tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah untuk rosak.Kesimpulannya-jangan guna alat pengering rambut. Jika nak guna jugak, gunakan pelindung seperti foam, setting losyen atau volumizer serta gunakannya pada suhu tinggi. Ok.

Tips 12:
Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat!

Tips 13:
Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.

Ok...Selamat membaca dan mengamalkannya....

tengoklah...dah la cantik..rambut pon cantik..

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 .....PERIHAL TENTANG..... All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.